Li Li merupakan rakan kongsi di Tetuan Soo Thien Ming & Nashrah sejak 2021. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (LL.B Hons) dari Universiti Multimedia Malaysia pada tahun 2014 dan Ijazah Sarjana Undang-undang (LL.M) dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) pada tahun 2016.
Amalan Li Li tertumpu terutamanya kepada perbankan korporat dan kewangan, meliputi kewangan konvensional dan kewangan Islam. Pengalaman beliau termasuk memberi khidmat nasihat mengenai pelbagai urus niaga perbankan dan pembiayaan, termasuk kemudahan perdagangan, pembiayaan projek, pembiayaan pemerolehan hartanah serta pembiayaan jentera dan peralatan.
Selain portfolio perbankan dan pembiayaan, Li Li juga kerap mewakili pelanggan termasuk pemaju hartanah dan pelabur asing dalam pemindahhakan/hartanah, termasuk pemerolehan dan pelupusan hartanah, pajakan, sewaan, bina-ikut-pesanan dan pajakan (custom-build and lease), usaha sama /pembangunan serta skim infrastruktur bersepadu.