Seohan Soo

Seohan Soo

Mohon Konsultasi

Seohan Soo

Rakan Kongsi Pengurus dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Seohan Soo ialah Rakan Kongsi dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif di Messrs Soo Thien Ming & Nashrah, sebuah firma guaman dengan empat pejabat bertempat di Kuala Lumpur, Seremban, Klang dan Petaling Jaya. Beliau merupakan sebahagian dari 35 orang peguam di firma yang berpengkhususan dalam bidang Korporat, Perbankan, Kewangan dan Litigasi, dengan sejarah amalan yang menjangkau 50 tahun. Dengan latar belakang yang kukuh dalam bidang kewangan serta pengalaman sebagai profesional perbankan pelaburan, Seohan membawa gabungan unik kepakaran dalam bidang undang-undang dan pengurusan kewangan, ke dalam amalan guamannya.

Beliau ialah seorang Barrister-at-Law dan ahli Honourable Society of Lincoln’s Inn, London. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Warwick dan Ijazah Sarjana Undang-undang (LL.M) daripada Universiti Cambridge, United Kingdom. Beliau telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1995. Beliau juga merupakan seorang Chartered Banker dari Asian Institute of Chartered Bankers.

Seohan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank Berhad di Malaysia, dengan pengalaman kerja selama 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau juga merupakan pengasas ThreeWoods Capital Sdn Bhd, sebuah syarikat pegangan pelaburan persendirian yang mempunyai pelaburan strategik yang tertumpu kepada projek pembangunan mampan serta ekosistem penjagaan kesihatan. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Tigas Pharma (M) Sdn Bhd, Tigas Alliance Sdn Bhd dan PureLife Pharma Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan farmaseutikal, perundingan penjagaan kesihatan serta servis pengedaran.

Pejabat Kuala Lumpur

Lokasi

Rakan Kongsi Pengurus dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Jawatan

Bidang Amalan :

💬

Legal Assistant

Soo Thien Ming & Nashrah

Hello! I'm here to help you with legal inquiries. How can I assist you today?